Peraturan pembesar suara masjid, surau dipolitikkan, kata Mufti Pulau Pinang

0
602

GEORGE TOWN — Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Mohd Noor berkata, keputusan membenarkan penggunaan pembesar suara di surau dan masjid hanya untuk azan bertujuan mengekalkan ketenteraman dan keharmonian.

Responsnya menyusul beberapa NGO Islam yang bercadang mengadakan bantahan terhadap arahan itu di kediaman gabenor pada 3.30 petang tadi.

Mereka mendakwa larangan menggunakan pembesar suara untuk tujuan lain menghakis hak umat Islam.

Wan Salim berkata, peraturan menggunakan pembesar suara itu dipolitikkan mereka yang tidak memahami alasan di sebalik larangan itu, dengan ada yang mendakwa DAP dan kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka yang tinggal berdekatan masjid dan surau membuat aduan.

“Ada orang tua yang uzur, anak-anak kecil, pelajar yang mengulang kaji pelajaran,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, pada 2010, pihak berkuasa Islam Pulau Pinang mengeluarkan fatwa melarang penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran dan tarhim sebelum solat Subuh.

Pada 2015, nasihat tidak menggalakkan tazkirah, ceramah dan wirid disiarkan melalui pembesar suara dikeluarkan pihak berkuasa berkenaan.

“Pada mulanya, Jabatan Mufti bercadang untuk mewartakan keputusan tersebut, namun ini tidak dilakukan setelah mendapati ramai masyarakat Islam tidak memahami tujuan larangan tersebut dikeluarkan.

“Perlu diingat Islam tidak suka umatnya mengganggu atau menyusahkan orang lain, walau apapun sebabnya, walaupun dengan alasan beribadat kepada Tuhan.

“Ini sering diperingatkan kepada umat Islam, namun ternyata masih ada segelintir yang tidak faham atau sengaja tak mahu faham kerana sebab-sebab tertentu yang Allah saja mengetahuinya.

https://bit.ly/3dRO8vJ
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here