Jangan jadi diktator, kata Anwar

0
432

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kabinet untuk melaksanakan “darurat” memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator.

Dakwa ketua pembangkang, kerajaan mahu menjadikan Covid-19 sebagai alasan bagi menyekat proses parlimen.

“Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

“Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah ke belakang yang akan memungkinkan kediktatoran.

“Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,” katanya.

Pagi tadi, mesyuarat khas kabinet di Putrajaya dilaporkan bersetuju dengan pelaksanaan “darurat” bagi menangani Covid-19.

Muhyiddin dipercayai baru selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/547826
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here