The Palm di Dubai pecah rekod air pancut terbesar di dunia

0
325

UNIK… Setelah 11 tahun dipegang Moonlight Rainbow Fountain di Jambatan Banpo, Seoul, Korea Selatan, akhirnya rekod itu berjaya dipecahkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Agensi berita rasmi negara Asia Barat itu, WAM melaporkan, The Palm Fountain di Dubai secara rasmi diiktiraf pihak Guinness World Record sebagai air pancut paling besar di dunia.

Kejayaan itu dicapai selepas perasmian kawasan air pancut tersebut di The Pointe, sebuah zon khas air masin di gugusan pulau buatan manusia, Palm Jumeirah pada lewat 22 Oktober.

Pancutannya meliputi kawasan seluas 1,335 meter persegi dengan air cecah setinggi 105 meter daripada 7,500 muncung paip dan dicahayakan menerusi lebih 3,000 lampu jenis LED.

“Ini jadi detik bersejarah untuk kami beri pengalaman unik kepada setiap pelawat bandar raya Dubai,” kata Pengarah Urusan Nakheel Malls, yang turut mengurus The Pointe, Omar Khoury.

Pelancaran air pancut bersaiz raksasa itu turut dimeriahkan dengan siri persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api disaksikan oleh ribuan pengunjung ke pusat peranginan tersebut.

Menurut WAM, tarikan baharu itu beroperasi setiap hari bermula dari awal waktu senja hingga tengah malam dengan setiap persembahan air pancut mengambil tempoh masa 30 minit.

Lebih unik, pertunjukan berkenaan melibatkan 20 corak yang berbeza dengan mengikut alunan rentak iringan muzik dari pelbagai genre termasuk irama pop, klasik dan Arab.

Bagaimanapun, bagi memastikan kesihatan pelawat daripada jangkitan wabak Covid-19, pihak berkuasa mengerahkan polis Dubai untuk menyusun pergerakan keluar masuk di situ.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here