K-Clique perlu sokongan peminat untuk menang

0
318
Pencalonan EMA 2020 dan ABPBH33 memberi semangat kepada K-Clique untuk lebih bergiat aktif dalam bidang seni.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BUKAN mudah untuk mendapat pencalonan dalam MTV Europe Music Awards (EMA) 2020 tapi itulah rezeki kumpulan hip hop Malaysia, K-Clique.

Kumpulan yang berasal dari Sabah dan dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas telah untuk kategori Best Southeast Asia Act untuk EMA 2020 yang akan diadakan pada 8 November depan.

K-Clique akan bersaing dengan Agnez Mo (Indonesia), Ben & Ben (Filipina), Benjamin Khen (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

Kumpulan yang popular dengan lagu Mimpi, Merais dan Pulang itu menyeru peminat-peminat tanah air agar mengundi mereka dalam talian di pautan web: https://www.mtvema.com/en-asia/vote/ sebelum 2 November ini.

Pada tahun 2018, rapper Malaysia Joe Flizzow dinobatkan sebagai Best Southeast Asia Act di MTV European Music Award 2018.

Di peringkat nasional pula, K-Clique tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 atau ABPBH33 untuk Lagu Paling Boom Popular dan Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular.

K-Clique memerlukan undian peminat untuk menang.

Untuk ABPBH33 pengundian boleh dilakukan secara atas talian di pautan web: https://www.abpbh.com.my/undian sebelum 8 November depan.

K-Clique yang ditubuhkan pada 2017 itu sangat menghargai pencalonan dan bermotivasi untuk memperbaiki diri untuk membuat peminat dan Malaysia mereka bangga.

“Alhamdulillah, nama K-Clique tercalon untuk EMA 2020 dan ABPBH33. Pencalonan ini adalah pengiktirafan atas kerja keras kami dan sekali gus memberi inspirasi kepada kami untuk terus mencipta muzik yang lebih baik,” kata Tuju penuh semangat.

Sementara itu, SoMean pula menganggap kedua-dua pencalonan tersebut adalah saat yang membanggakan. Inilah masanya untuk menyaksikan evolusi kerjaya seni mereka yang sentiasa fokus membuat muzik berkualiti dan telus.

Bagi menghargai sokongan peminat yang sentiasa menyokong mereka, untuk beberapa minggu akan datang, K-Clique akan mengadakan kempen media sosial menggunakan #KCMenangMTVEMA dan #KCMenangABPBH di akaun media sosial mereka.

K-Clique akan mengadakan sesi siaran langsung, pertandingan untuk peminat dan juga sesi motivasi untuk menyokong usaha kerajaan memerangi wabak penyakit Covi-19.

Berikut adalah akaun media sosial rasmi K-Clique:
Facebook: https://www.facebook.com/kcliquee
Instagram: https://www.instagram.com/k_clique
Twitter: https://twitter.com/k_clique?lang=en
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC-4cb5KJVscT7-L89ItmvNg/featured

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here