Covid-19: Gelombang baharu jangkitan lonjak jumlah kes tertinggi di AS

0
344

Oleh Fetty Rara

JANGKITAN Covid-19 di Amerika Syarikat kini mencecah jumlah rekod harian tertinggi berikutan gelombang baharu pandemik.

Projek Penjejakan Covid (CTP) memetik data pihak berkuasa negeri bahawa setakat semalam (Jumaat) sebanyak 83,010 kes dicatatkan, lapor bbc.com.

Susulan itu Ketua Pegawai Kesihatan AS Jerome Adams memberi amaran bahawa kemasukan ke hospital semakin meningkat, tetapi jumlah kematian menunjukkan penurunan kerana standard penjaga kesihatan yang lebih baik.

Lonjakan berlaku ketika syarikat AstraZeneca dan Johnson & Johnson meneruskan ujian vaksin setelah mendapat kelulusan daripada badan selia ubat dan makanan negara itu.

Selain itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengeluarkan amaran bahawa negara-negara di hemisfera utara kini berada “pada tahap kritikal”.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus meramalkan bulan-bulan akan datang pasti mencabar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here