Fukushima: Air yang tercemar radioaktif boleh merosakkan DNA manusia, kata Greenpeace

0
206
FOTO: Wikimedia Commons/IAEA Imagebank, CC BY-SA 2.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

AIR tercemar daripada loji nuklear Fukushima di Jepun yang mengandungi bahan radioaktif berpotensi merosakkan DNA manusia.

Amaran dikeluarkan oleh kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace berikutan laporan media sebelum ini bahawa kerajaan Jepun merancang untuk melepaskan air tersebut ke laut.

Saintis Jepun, bagaimana pun, menyangkal dakwaan itu dan sebaliknya berkata risikonya tidak begitu tinggi, lapor bbc.com.

Kerajaan Jepun belum memberikan respons terhadap laporan Greenpeace itu.

Jepun berdepan dengan dilema tentang bagaimana untuk melupuskan lebih daripada 1 juta tan air yang digunakan bagi menyejukkan loji jana kuasa nuklear Fukishima yang rosak setelah dilanda tsunami pada 2011.

Menurut kerajaan Jepun sebahagian besar daripada isotop radioaktif yang terdapat dalam air di situ telah dinyahkan melalui proses tapisan, tetapi satu isotop, iaitu tritium tidak dapat dinyahkan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here