Lebih 18 terbunuh dalam serangan ke atas pusat pendidikan di Kabul

0
345

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEKURANG-KURANGNYA 18 orang terbunuh dan berpuluh lagi tercedera dalam satu serangan pengebom berani mati berhampiran sebuah pusat pendidikan di Kabul, Afghanistan.

Menurut kementerian dalam negeri Afghanistan serangan di luar pusat milik swasta yang menawarkan kursus pengajian tinggi itu berlaku pada lewat petang semalam, lapor bbc.com.

Bangunan yang terletak di kawasan majoriti Muslim Syiah Dasht-e-Barchi itu merupakan tumpuan beratus pelajar.

Jumlah kematian mungkin lebih tinggi daripada yang dianggarkan.

Sejurus selepas serangan itu kumpulan pengganas Negara Islam ISIS telah menularkan mesej dalam media sosial bahawa mereka yang bertanggungjawab.

Pihak Taliban sebelum itu menafikan  sebarang pembabitan.

Sejak kebelakangan ini Afghanistan menyaksikan peningkatan keganasan yang kebanyakannya dilakukan oleh pihak Taliban.

Keganasan itu mengancam proses rundingan damai di antara pihak pemerintah dan Taliban yang diadakan di Doha, Qatar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here