Kedutaan Israel beroperasi secara rahsia di Bahrain sejak lebih 10 tahun

0
317

Oleh Fetty Rara

TANPA diketahui dunia rupa-rupanya kedutaan rejim Zionis Israel telah beroperasi di Bahrain sejak lebih 10 tahun sebelum kedua-dua negara memeterai perjanjian damai bulan lalu.

Menurut agensi berita Sputnik Rusia yang memetik laporan daripada laman berita Axios, AS sebuah syarikat yang dikenali dengan nama Pusat Kerjasama Antarabangsa (CID) berperanan menjalankan operasi Israel secara rahsia di ibu negara Bahrain, Manama.

‘Pusat’ tersebut diilhamkan oleh bekas Menteri Luar Bahrain Khalid bin Ahmed Al-Khalifa bersama bekas Menteri Luar Israel Tzipi Livni.

Bagaimana pun, nama pusat tersebut kemudian ditukar dan nama baharu dirahsiakan.

Kakitangan pusat itu secara eksklusif terdiri daripada anggota diplomat Israel yang memegang dwi-kerakyatan dan kemudian dilantik ke beberapa jawatan dalam Kementerian Luar Israel setelah pulang ke negara asal mereka.

Pendedahan oleh Axios menceritakan tentang bagaimana setiap kakitangan pusat tersebut diberikan latar belakang dan rekod palsu yang boleh disemak melalui laman komuniti profesional LinkedIn.

Menurut Axios lagi hanya sekumpulan kecil pegawai kerajaan Bahrain tahu tentang kewujudan pusat operasi berkenaan.

Kini dengan wujudnya hubungan diplomatik dan perjanjian damai di antara Bahrain dan Israel wajah sebenar pusat tersebut tidak lagi dirahsiakan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here