Usahawan jus roselle sasar jualan seluruh negara tahun depan

0
356
Siti Suraya Sharif(kanan) dan Farhana Nasrun bergambar bersama produk jus dan kordial roselle di lokasi kilang mereka di Sorrellicious Legacy di Johan Setia.

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Syarikat Sorrellicious Legacy yang baru ditubuhkan hampir setahun lalu yakin jus dan kordial roselle yang dikeluarkan syarikat tersebut mampu dipasarkan secara meluas di seluruh negara.

Sorrellicious Legacy diasaskan dua wanita, Siti Suraya Sharif,37, dan Farhana Nasrun, 34, bukan sahaja menghasilkan jus dan kordial roselle malahan pokok roselle yang menjadi bahan mentah utama pembikinan produk tersebut ditanam oleh mereka sendiri.

Menurut Siti Suraya, buat masa ini pendapatan mereka mampu mencecah RM4,000 hingga RM5,000 sebulan hasil jualan 2000 botol jus dan 300 kordial roselle.

“Kami memasarkan produk kami melalui media sosial dan dari situ banyak pesanan yang diterima. Kita mempunyai beberapa agen mengikut lokaliti masing-masing.

“Sasaran kami adalah untuk memasarkan produk ini ke seluruh negara dalam tahun hadapan,”katanya ketika ditemui di Johan Setia, di sini.

Siti Suraya berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengadakan kerjasama dengan penduduk kampung sekitar di kawasan Johan Setia tersebut bagi menanam pokok roselle secara komersial.

Katanya, pihaknya akan membeli hasil tanaman roselle daripada penduduk kampung tersebut setelah ia sedia dituai.

“Kerjasama ini boleh membantu kami untuk membuat lebih banyak produk untuk dipasarkan bukan sahaja di peringkat nasional malahan peringkat antarabangsa,”katanya.

Sementara itu menurut Farhana, roselle merupakan sejenis tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat.

Tambah beliau, Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1,kalsium, Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.

Katanya lagi, pihak yang berminat untuk bekerjasama dan membeli produk jus dan kordial roselle mereka, boleh melayari Facebook: Sorrellicious, IG: Sorrelliciouslegacy dan laman sesawang www.sorrellicious.com.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here