NS, Tentera boleh diisytiharkan juara bersama 

0
583
AHMAD SARJI bersama Setiausaha Agung Kriket Melayu Rosmanizam Abdullah (kanan).

KUALA LUMPUR — Perlawanan akhir kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja bagi musim 2020 mungkin tidak dapat dilangsungkan.

Babak akhir antara Negeri Sembilan dengan Angkatan Tentera yang sepatutnya berlangsung 17 hingga 19 Oktober 2020 tidak dapat diadakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berpandapat, ada kemungkinan kedua-dua pasukan akan diisytiharkan juara bersama jika masalah Covid-19 tidak selesai hingga akhir tahun.

Bagi tahun 2020, Ahmad Sarji berkata, banyak kegiatan Kriket Melayu tidak dapat dilangsungkan. Antaranya saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan, Trofi Melayu Antarabangsa XII di Hambantota, Sri Lanka dan persidangan agung tahunan persatuan itu juga ditunda dari 31 Mei 2020.

”Saya jangka sesi persidangan (agung) yang ditetapkan semula pada 28 November (2020) juga boleh ditunda lagi.

”Kalaulah tunda, ia akan diadakan tahun 2021 sahaja; sekali gus dua laporan tahunan dan akaun akan dibentangkan,” katanya.

”Kami juga telah memberitahu Pejabat Pesuruhjaya Sukan mengenai masalah yang tidak terkawal ini dengan persidangan agung akan berlangsung pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai jika 28 November tidak dapat diadakan.”

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here