Kru kapal Nave Andromeda selamat, tujuh individu ditahan, kata Kementerian Pertahanan UK

0
173

LONDON  — Tujuh orang ditahan selepas Tentera United Kingdom (UK) berjaya menawan semula kapal tangki minyak Nave Andromeda yang cuba dirampas sekumpulan penumpang tidak dikenali di luar pantai Isle of Wight, lapor Agensi Sputnik.

“Tentera berjaya menguasai semula kapal itu dan tujuh individu ditahan. Siasatan polis kini dijalankan. Laporan awal mengesahkan kru kapal selamat dan dalam keadaan baik,” tulis Kementerian Pertahanan UK di Twitter pada Ahad.

Setiausaha Pertahanan UK Ben Wallace mengesahkan semua yang terlibat dalam insiden Nave Andromeda berada dalam keadaan selamat.

“Saya memuji tindakan anggota tentera dan polis untuk melindungi nyawa dan merampas semula kapal. Dalam keadaan cuaca mendung dan semakin buruk, kita semua harus bersyukur kerana mempunyai anggota yang berani. Semua orang selamat malam ini, berkat usaha mereka,” kata Wallace.

Menurut radio Isle of Wight, kapal yang berdaftar di Liberia itu berlepas dari Lagos, Nigeria pada 6 Oktober dan sepatutnya berlabuh di Southampton pada Ahad pagi. Namun, tujuh penumpang tidak dikenali dilaporkan bertindak ganas dan mengancam keselamatan kru kapal.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here