Covid-19: China lakukan ujian ke atas penduduk seluruh Kashgar, Xinjiang

0
358

Oleh Fetty Rara

PIHAK berkuasa China sekali lagi melakukan ujian besar-besaran ke atas seluruh penduduk Kashgar setelah pandemik Covid-19 tercetus di Xinjiang.

Kira-kira 4.7 juta penduduk di bandar raya itu kini menjalani ujian dengan setakat ini 138 kes asimptomatik dikesan, lapor bbc.com.

China antara negara yang berjaya menurunkan kadar jangkitan Covid-19, namun masih berlaku penularan kecil di sana-sini.

Xinjiang merupakan wilayah komunis China dengan sebahagian besar penduduk minoritinya berketurunan Uighur Muslim yang menjadi sasaran penganiayaan oleh kerajaan pusat.

Semua sekolah diarahkan tutup dan penduduk tidak dibenarkan meninggalkan bandar raya itu kecuali jika didapati negatif Covid-19.

Kes pertama Covid-19 di Kashgar dikesan pada seorang wanita asimptomatik yang bekerja di sebuah kilang pakaian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here