Perancis minta negara Arab tidak boikot produk negara itu

0
2156

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PERANCIS merayu negara-negara Arab supaya menghentikan tindakan memboikot produk dari negara itu.

Beberapa negara Arab memboikot barangan buatan Perancis kerana membantah ketegaran Presiden Emmanuelle Macron mempertahankan hak menunjukkan kartun-kartun Nabi Muhammad.

Kementerian Luar Perancis menyifatkan boikot itu sebagai ‘tidak berasas’ kerana ia merupakan tindakan yang dihasut oleh sekumpulan kecil ‘puak radikal’, lapor bbc.com.

Boikot tersebut menyaksikan barangan dari Perancis tidak dijual di kedai-kedai di Kuwait, Jordan dan Qatar, selain di Libya, Syria dan Gaza, Palestin.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Macron menyatakan demikian susulan pembunuhan seorang guru di Perancis yang menunjukkan kartun Nabi Muhammmad kepada kelasnya.

Pendirian Macron yang dianggap tidak sensitif itu adalah berdasarkan identiti nasional negara Perancis yang berpaut pada sekularisme (lacite) bahawa tindakan menyekat kebebasan berekspresi sekadar untuk menjaga perasaan komuniti tertentu akan merosakkan perpaduan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here