MEERACLE lantik Scha Al-Yahya sebagai duta produk keluarannya

0
374
Scha Al-Yahya

KUALA LUMPUR –- MEERACLE, pengeluar produk kecantikan dan penjagaan kulit telah mengumumkan Scha Al-Yahya sebagai duta produk keluarannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MEERACLE , Sharifah Itasha Jamalullai , pencarian duta
baharu MEERACLE telah dirancang secara teliti dan syarikat kecantikan ini telah lama mencari duta
dalam kalangan ikon wanita dan bersesuaian untuk membawa jenama MEERACLE.

“Sejujurnya pada saya , Scha Al-Yahya , memenuhi semua kriteria sebagai DUTA dan WAJAH MEERACLE . Beliau dihormati di dalam industri seni dan seorang yang sangat mementingkan penampilan , pelantikan Scha Al-Yahya sebagai duta kepada MEERACLE adalah sangat tepat,” kata Sharifah Itasa dalam kenyataannya di sini.

Beliau berkata, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasa syarikat yang bertapak sejak 5 tahun lalu usaha mempromosikan duta terpaksa dilakukan dalam platform -platform media sosial seperti Instagram , Facebook dan Twitter.

Produk MEERACLE yang akan diperkenal Scha Al-yahya terdiri daripada 5 produk penjagaan kulit, iaitu dua produk MEERACLE, Gemstone Facial Serum dan Gemstone Facial Cleanser serta MEERACLE Under The Sea Collection yang terdiri daripada Toner, Moisturizer dan Scrub.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here