Alvin Goh diberkas polis

    0
    644

    SETELAH hampir 15 hari bersembunyi, Goh Leong Yeong yang dipercayai ketua sindiket Macau Scam dan perjudian atas talian, diberkas polis pagi tadi.

    Suspek bersama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), lapor Utusan Online.

    Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilapor mengesahkan mengenai Goh, 32, yang turut dikenali sebagai Alvin.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir memberitahu dia ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

    Goh pada 11 Oktober lalu melarikan diri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    https://bit.ly/2G0gB5M
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here