Pekerja Kelab Golf Royal S’gor dikuarantin lepas kontak dengan ahli positif

0
599
FOTO: Wikimedia Commons/Gryffindor 10:54, 23 December 2006 (UTC), CC BY-SA 3.0 , via Wikimedia Commons

KAKITANGAN Kelab Golf Royal Selangor di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, telah diletakkan di bawah perintah kuarantin selepas bersentuhan dengan seorang ahli kelab yang positif Covid-19 semalam.

Bagaimanapun, kelab itu enggan mendedahkan bila kali terakhir ahlinya yang dijangkiti itu berada di kelab golf elit itu.

“Kakitangan yang mempunyai kontak rapat itu telah dihantar ke (kemudahan) Kementerian Kesihatan untuk diuji manakala semua staf lain perlu menjalani ujian swab,” kata pengurusan kelab itu kepada Malaysiakini.

Kelab itu semalam mengeluarkan notis seorang ahlinya telah positif tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut.

Sementara itu, kelab golf TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara semalam juga mengumumkan seorang ahlinya telah positif untuk Covid-19.

TPC berkata ahli itu kali terakhir berada di kelab itu pada 26 Oktober.

Difahamkan, pemain golf yang dijangkiti mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan ahli politik itu tidak berada di bawah kuarantin kerana beliau tidak pernah bersentuhan langsung dengan pemain golf yang dijangkiti dalam 14 hari terakhir.

Sebanyak tiga kelab golf di Lembah Klang terjejas wabak Covid-19 sejak gelombang ketiga bermula pada 20 September.

Kelab pertama adalah Tropicana Golf and Country Resort, melibatkan jangkitan kes sekumpulan pekerjanya.

Asrama pekerja diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan yang diperkekatkan (PKPD).

Kluster ini mempunyai 54 kes sehingga semalam dan dikesan daripada seorang individu yang pernah melakukan perjalanan pulang dari Sabah.

https://www.malaysiakini.com/news/548475
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here