Pasaran saham dunia merosot susulan lonjakan terbaharu Covid-19

0
422
FOTO: Wikimedia Commons/Ryan Lawler, Public domain, via Wikimedia Commons

Oleh Fetty Rara

DUA hari berturut-turut pasaran saham mengalami kejatuhan ketara di serata dunia minggu ini berikutan kebimbangan lonjakan kes Covid-19 yang terus menjejaskan pemulihan ekonomi.

Indeks utama Amerika Syarikat jatuh 3.4% sementara pasaran saham di Eropah turut menyaksikan kejatuhan mendadak, lapor bbc.com.

FTSE UK ditutup hampir 2.6% lebih rendah dan Dax Jerman pula jatuh 4.2%.

Kejatuhan meluas itu menyaksikan pelabur menjual saham untuk mendapatkan aset kurang berisiko, seperti dolar Amerika.

Di AS syarikat-syarikat pelancongan dan tenaga yang amat sensitif kepada kesan Covid-19 merupakan sektor paling teruk mengalami kerugian.

Turut menerima tamparan termasuk syarikat teknologi.

Saham Google, Facebook dan Twitter masing-masing merosot lebih 5%.

Sentimen negatif turut merebak ke pasaran-pasaran saham Asia hari ini dengan indeks ASX Australia jatuh 1.6%, sementara indeks Hang Seng Hong Kong sebanyak 1.2%.

Bagaimana pun, kejatuhan yang dialami di pasaran Asia tidak begitu teruk berbanding pasaran di Eropah dan AS.

Di United Kingdom syarikat-syarikat perlombongan yang tersenarai di FTSE 100 juga terkesan, sementara indeks CAC 40 Perancis jatuh 3.4% dan syarikat pengeluar kereta Renault menonjol sebagai kaunter paling rugi dengan kejatuhan sebanyak 8%.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here