Jumlah pampasan diterima FGV lebih rendah daripada jangkaan – Abdul Wahid

0
546

KUALA LUMPUR — Jumlah pampasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kepada FGV Holdings Bhd berikutan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) berkaitan ladangnya akan menjadi lebih rendah daripada RM3.5 bilion, syarikat itu menjangka akan menerima pampasan berjumlah RM4.3 bilion.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu FELDA, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan FGV.

“Pampasannya adalah lebih rendah daripada apa yang dinyatakan oleh FGV. Tetapi kami tidak mahu membincangkannya sebelum berunding dengan pengurusan FGV, ” katanya pada taklimat media berkaitan kenyataan FGV semalam mengenai jumlah pampasan yang dijangka diterimanya.

Abdul Wahid berkata bahawa jumlah yang akan dibayar kepada syarikat perladangan itu turut melibatkan 68 kilang kelapa sawitnya.

“Tujuannya adalah untuk mengambil alih kilang tersebut. bukan sahaja melibatkan ladang tetapi ia juga melibatkan kilang juga.

“Justeru, kilang berkenaan tidak terlibat,” katanya.

Menurut FGV menerusi kenyataannya baru-baru ini, kilang berkenaan hanya  mewakili 30 peratus daripada buah tandan segar.

LLA itu merujuk kepada ladang milik Felda seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun dari 1 November, 2011.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata bahawa penamatan LLA dan penerbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh Felda adalah beberapa cadangan yang diluluskan oleh Kabinet bagi pelaksanaan pelan pemulihan FELDA.

Abdul Wahid juga menyatakan hasrat Felda untuk melupuskan asetnya di luar dan dalam negara untuk memastikan aliran tunai lancar.

Sementara itu, Pengerusi FELCA Datuk Seri Idris Jusoh berkata FELDA mempunyai aset di London, Kuching, Sabah dan beberapa hotel di Malaysia.

“Sebelum melupuskan aset tersebut, kamui perlu melihat nilainya. Sebagai contoh, kami telah mendapat tawaran untuk aset kita di London dengan nilai 300 juta pound Britain. Kami memutuskan untuk tidak membuat apa-apa dan menunggu terlebih dahulu.

“Dua, tiga tahun lagi mungkin kita akan mendapat tawaran lebih tinggi, 500 juta pound Britain. Jadi sekarang mungkin belum masa yang sesuai untuk melupuskannya. Apabila masa dan harga ditawarkan sesuai, kami akan melakukannya,” katanya.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here