UMANY jangan melampau dan biadab!

0
523

KENYATAAN MEDIA GPMS

31 OKTOBER 2020

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung mengecam tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) yang mengeluarkan kenyataan melalui laman Facebook mereka mengenai kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam urusan politik negara.

2. GPMS melihat bahawa tindakan tersebut merupakan provokasi melampau terhadap intitusi Raja Berpelembagaan di Malaysia

3. Kenyataan mereka juga dilihat seolah-olah menuduh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mencampuri hal ehwal politik negara, sedangkan titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah supaya parti-parti politik di Malaysia bekerjasama menjayakan Sidang Parlimen akan datang dan bekerjasama meluluskan Belanjawan 2021 dengan mengutamakan keperluan rakyat daripada matlamat politik.

4. Tambahan lagi, Titah Yang Di-Pertuan Agong juga telah dijunjung oleh ketua-ketua parti politik kerajaan mahupun pembangkang. Jadi UMANY sepatutnya sedar diri bahawa mereka tiada hak untuk bercakap bagi segelintir pihak dengan berselindung dibawah sebuah persatuan pelajar.

5. GPMS mempersoal motif kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UMANY. Adakah mereka merupakan lidah dan lembu yang dicucuk hidung oleh sesetengah pihak yang anti kepada perlembagaan dan institusi Raja berpelembagaan di Malaysia? Atau sengaja mencetus provokasi dan hasutan kebencian dalam kalangan masyarakat untuk menimbulkan huru hara?

6. Hal ini demikian kerana sebagai sebuah persatuan pelajar di Universti Terbaik di Malaysia mereka sepatutnya arif tentang wewenang dan kedudukan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

7. GPMS menuntut pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap UMANY. Mereka perlu disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimeda 1998 kerana menyebar kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong. Jika disabit kesalahan UMANY perlu diharamkan kerana mampu memecah belahkan perpaduan di Malaysia.

8. Terakhir, GPMS menjunjung tinggi kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kestabilan dan ketertiban politik negara terjaga. Terutama sekali apabila negara sedang dilanda wabak Covid-19 yang meruncing. Semoga Malaysia terus aman dan makmur dibawah pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Sekian.

MOHD ALIF ANAS HAJI MD NOOR
Presiden GPMS 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here