KM Sabah sertai sidang khas COVID-19 bersama PM Muhyiddin

0
161

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor hari ini menyertai  Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 menerusi sidang video yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sidang video yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri Sabah itu turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong, Pengarah MKN Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof dan Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara melibatkan situasi semasa COVID-19 seluruh negara.

Hajiji telah kembali melaksanakan tugas rasminya pada  26 Okt lalu selepas dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth sebelum ini akibat dijangkiti COVID-19.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here