2,000 kakitangan Malindo diberhentikan

0
2603

SELAMAT TINGGAL…Seramai 2,000 kakitangan syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo) berdepan dengan masa depan suram apabila terpaksa diberhentikan akibat pandemik Covid-19 yang seolah-olah tidak penghujungnya.

Suasana sedih dan tidak percaya dalam kalangan pekerja syarikat itu digambarkan oleh salah seorang kakitangan Malindo semalam dalam posting instagramnya, zhafri_zamil.
Beliau menyifatkan Jumaat (30 Oktober) merupakan hari yang suram buat pekerja Malindo apabila mereka menunggu nama-nama yang bakal diberhentikan.

Daripada 3,200 pekerja, hanya 1,200 pekerja sahaja dikekalkan.

Malindo sebelum ini, pernah dilaporkan bakal memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya. Ia juga dikatakan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.

Pada 9 Oktober lalu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd telah mengesahkan sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka.

Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here