Pelakon ‘James Bond’ Sean Connery meninggal dunia pada usia 90 tahun

0
550

PELAKON popular Hollywood yang dikenali menerusi watak James Bond, Sean Connery dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Sean Connery menghembuskan nafas terakhir di usia 90 tahun.

Berita kematian pelakon kelahiran Scotland itu disahkan oleh keluarganya kepada pihak media.

Bagaimanapun tidak dinyatakan punca kematian aktor ini.

Difahamkan Sean baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada Ogos lalu.

Kerjaya seni Sean mula mendapat perhatian masyarakat dunia selepas dia membawakan watak James Bond sehingga memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Oscar, 2 Bafta Awards dan 3 Golden Globes.

Selain filem James Bond, dia juga pernah membintangi banyak filem besar seperti The Hunt for Red October, Indiana Jones and the Last Crusade dan The Rock.

Sean berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan seorang anak yang juga pelakon Jason Connery.

Sean Connery telah diberi anugerah kesatria (knights) yang membawa gelaran ‘Sir’ oleh Ratu Elizabeth di Holyrood Palace pada tahun 2000.

https://bit.ly/3oIm7vx
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here