Oleh Fetty Rara

KETUA Menteri Queensland Annastacia Palaszcuk berkata pintu sempadan negeri itu akan terus ditutup kepada penduduk dua bandar raya terbesar Australia, iaitu Sydney dan Victoria.

Larangan itu turut membabitkan Melbourne bagi mengekang penularan Covid-19, lapor bbc.com.

Bagaimana pun, Palaszcuk berkata larangan itu akan dikaji semula hujung bulan ini.

Beliau yang dilantik semula semalam (Sabtu) merupakan wanita pertama menang penggal ketiga sebagai ketua menteri di Australia.

Sempadan Queensland ditutup kepada kemasukan daripada New South Wales, tetapi pada Selasa (esok) akan dibuka kepada semua penduduk negeri itu selain Sydney.

Tindakan menutup sempadan negeri itu telah mencetuskan ketegangan di antara Palaszcuk dan Perdana Menteri Australia Scott Morrison yang menggesa supaya semua sempadan negeri di negara itu dibuka bagi meningkatkan ekonomi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here