Madrasah pertama untuk pondan dibuka di Bangladesh

0
609
Photo Credit: BBC News

DHAKA – Sebuah madrasah pengajian Islam khusus untuk golongan transgender dibuka di ibu kota Bangladesh pada 6 November lalu dan dipercayai pertama seumpamanya di negara itu.

Media melaporkan, pembukaan sekolah tersebut disifatkan ramai tenaga pengajarnya sendiri sebagai langkah pertama untuk golongan tertindas itu hidup bersepadu dalam masyarakat.

Madrasah itu adalah antara beberapa langkah dilaksanakan di Bangladesh baru-baru ini bagi memudahkan kehidupan hampir 1.5 juta pondan di negara itu daripada berdepan diskriminasi.

Sempena pembukaan Madrasah Dawatul Islam Tritio Linger atau bermaksud Sekolah Jantina Ketiga, bacaan ayat suci Al-Quran oleh sekitar 50 pelajarnya bergema di bangunan itu.

“Saya berasa sangat gembira, amat bersyukur kepada semua pengajar atas langkah mereka yang indah ini,” kata Shakila Akhter, 33, ketika ditanya wartawan mengenai perasaan dirinya.

Beliau dilahirkan sebagai perempuan dan sejak kecil lagi ingin menjadi doktor atau peguam, tetapi cita-citanya terhambat selepas terjebak menyertai masyarakat transjantina Bangladesh.

“Kami masih lagi merupakan orang beragama Islam, namun tidak boleh ke masjid dan kami tidak boleh pula bergaul dengan anggota masyarakat lain,” tambah Shakila dalam nada kesal.

Sekumpulan guru yang dipimpin Abdur Rahman Azad mengubah aras paling atas di sebuah bangunan tiga tingkat menjadi madrasah itu dengan dana daripada badan amal tempatan.

Mereka sudah menawarkan kelas mengaji kepada tujuh kumpulan tansgender di Dhaka dan berkata madrasah itu diwujudkan hasil keperluan untuk jadi hub tetap bagi masyarakat itu.

Seramai 150 pelajar, menjalani kelas seperti madrasah tradisional yang mengajar Al-Quran, falsafah Islam serta kelas bahasa, Bengali, Inggeris, subjek Matematik dan sains sosial.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here