Tiga loji rawatan air di Rantau Panjang ditutup kerana pencemaran bau

0
673

TIGA loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang (SSP 1, 2, dan 3) dihenti tugas pada jam 12.20 sehingga 12.45 tengah hari tadi.

Dalam satu kenyataan ringkas, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkata pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

“Bau telah dikesan sekitar 8 ton (di LRA Rantau Panjang).

“Berdasarkan pemantauan Luas setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 Ton,” katanya.

Luas, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.

Menurut kenyataan itu sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

https://www.malaysiakini.com/news/550263
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here