Biden: Keengganan Trump mengaku kalah ‘amat memalukan’

0
513
FOTO: Wikimedia Commons/ Gage Skidmore from Peoria, AZ, United States of America, CC BY-SA 2.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Fetty Rara

JOE Biden berkata keengganan Presiden Donald Trump mengaku kalah dalam pilihan raya presiden minggu lalu amat memalukan.

Kedegilan Trump itu dikatakan tidak akan mampu menyekat peralihan kuasa pucuk kepimpinan di Amerika Syarikat, lapor bbc.com.

Sementara itu Trump terus menggunakan Twitter untuk menyatakan bahawa beliau akan menang juga akhirnya, berbeza daripada unjuran yang dibuat oleh hampir semua rangkaian TV utama di negara itu.

Di AS unjuran kemenangan pilihan raya yang berlaku setiap empat tahun menyaksikan rangkaian TV memainkan peranan penting.

Setakat ini keputusan negeri ke negeri belum dapat disahkan kerana pengiraan undi masih berjalan dan keputusan muktamad hanya ditentukan apabila Lembaga Pemilih bersidang pada 14 Disember depan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here