Penduduk Selangor bimbang bekalan air terus terganggu

0
666

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Isu bekalan air yang sering terganggu membimbangkan penduduk negeri Selangor menjelang sambutan Deepavali sabtu ini.

Seorang penduduk Taman Klang Jaya di sini, P.Simon,62, berkata, pihak Kerajaan Negeri Selangor perlu mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang menjadi punca pencemaran sumber sungai.

“Setiap kilang yang membeli bahan kimia sudah pasti mempunyai rekod pembelian. Begitu juga semasa melupuskannya sudah pasti ada rekod pelupusan dan di mana pelupusan dilakukan.

“Masalah pencemaran tidak akan berlaku jika pihak berkuasa negeri tegas dalam mengawal pencemaran dari peringkat awal lagi bukan bila sudah menjadi parah,”katanya kepada Bebasnews hari ini.

Aziz Arshad

Simon yang juga seorang pesara syarikat swasta berkata, pihak berkuasa perlu segera mengatasi masalah pencemaran air sebelum gangguan bekalan menyusahkan rakyat di musim perayaan.

Seorang penduduk Pangsapuri Taman Klang Jaya, Aziz Arshad,55, berkata, ketiadaan air menyebabkan rakyat sukar untuk menguruskan urusan seharian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Semasa PKPB hendak mencari air di luar bukan mudah kerana saya bimbang dengan pandemik Covid-19.

“Jika sering sangat bekalan air terganggu sebaiknya Kerajaan Selangor mewujudkan tangki air atau telaga rakyat,”katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Kebajikan Suara Rakyat Selangor (SPV), M.Paramasivam berkata, isu air di Selangor amat menyedihkan seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

M.Paramasivan

Katanya, kilang yang menyebabkan pencemaran sumber air seharusnya diarahkan tutup selama beberapa minggu bagi proses siasatan dan pembersihan.

“Jika kilang terbukti bersalah kenakan denda semaksimum mungkin. Jangan bagi ruang untuk pesalah alam sekitar terus bernafas tanpa hukuman,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here