Muafakat Nasional tidak mahu umat Islam terus berpecah

0
549
Ahmad Dasuki Abdul Rani (berdiri paling kiri) dan Azhari Shaari mengedarkan pelitup muka kepada orang ramai.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Pas Kawasan Shah Alam akan terus bekerjasama dengan UMNO Bahagian Shah Alam bagi memastikan agenda untuk umat Islam dipertahankan.

Menurut Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, kedua-dua pihak tidak mahu orang Islam iaitu orang Melayu terus berpecah.

“Dalam masa yang sama kita ada kekuatan sendiri, bagi menggerakkan umat Islam di bumi Shah Alam ini.

“Kami bersedia untuk memimpin Shah Alam sama ada di peringkat parlimen atau di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini. Untuk kita gerakkan bersama, biar kita dapat manfaat di bumi Shah Alam dan orang Melayu tidak berpecah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada program mengedar pelitup muka Pas Kawasan dan UMNO Bahagian di sekitar Seksyen 13 di sini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Bantu Generasi Kita (Bangkit), Datuk Ahmad Safri Hanifullah dan ahli-ahli jawatankuasa kedua parti.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, kerjasama dengan kedua pihak diharap memperkasa agenda kedua parti untuk merampas kerusi parlimen dan DUN daripada parti lawan.

“Hasil tinjauan daripada kedua parti di peringkat pengundi hanya mahukan Pas dan UMNO pada Pilihanraya Umum akan datang,”katanya.

Beliau menambah, pihaknya dan Pas akan terus berbincang dari masa ke semasa bagi memperkasa perjuangan untuk umat Islam di bandaraya ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here