Platform niaga eJazmine.com bantu peniaga baharu

0
384
Henry Sum Agong (tengah) menerima kunjungan rakan kongsi platform eJazmine.com di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SEJAK dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19, keadaan ekonomi semakin merudum dan ramai yang kehilangan pekerjaan.

Namun bagi meneruskan kelangsungan hidup, pelbagai pekerjaan perlu dilakukan, janji halal.

Biarpun sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran bahawa itulah pekerjaan yang akan dilakukan kerana dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh terlalu memilih. Sebaliknya, kita harus berfikiran terbuka dan sentiasa merebut apa saja peluang yang boleh mendatangkan pendapatan.

Justeru itu, kita dapat melihat ramai peniaga-peniaga baharu mula memacak payung untuk berniaga nasi lemak, burger atau air di tepi jalan, biarpun sebelum ini mereka tidak pernah terfikir akan melakukan pekerjaan itu.

Selain berjualan secara langsung, ada juga yang mengambil inisiatif untuk berniaga di atas talian, tambahan pula bila kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Diharap pengenalan platform eJazmine.com dapat membantu peniaga kecil menjana pendapatan.

Tidak dinafikan dengan norma baharu kehidupan sekarang, berniaga atas talian adalah satu langkah bijak bagi mencari sumber rezeki dan bagi yang mahu memulakan perniagaan, boleh mencuba di platform eJazmine.com.

Menurut seorang rakan kongsi eJazmine.com, Datuk Seri Mohd. Rizal Mohd. Yusof, platform tersebut diwujudkan bagi membantu meningkatkan penglibatan usahawan kecil dan sederhana ke arah ekonomi digital.

Kata Mohd. Rizal, dalam menghadapi pandemik Covid-19, ekonomi negara harus digerakkan melalui pelbagai kaedah termasuklah pengendalian dalam talian yang menjadi trend perniagaan sekarang.

“Sebelum ini lagi, kita dapat melihat orang ramai gemar membeli-belah dalam talian kerana ini adalah salah satu cara hidup modenisasi rakyat di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Apabila berlaku situasi pendemik Covid-19, orang ramai tidak digalakkan keluar, kemunculan eJazmine.com yang baru diperkenalkan ini selari dengan kehendak semasa,” katanya.

Beliau bersama rakan kongsi eJazmine.com yang lain iaitu, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin, Mohamed Hazli Mohamed Hussain dan Renutasan Rajan, baru-baru ini berkunjung ke pejabat Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Henry Sum Agong untuk memperkenalkan platform tersebut.

Tambah Mohd. Rizal lagi, pihaknya menyasarkan jualan mampu mencecah sehingga RM500,000 hingga RM750,000 dalam tempoh setahun platform tersebut diperkenalkan.

“Ini berdasarkan kepada kecenderungan orang ramai berurus niaga di dalam talian semakin meningkat kerana menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menggalakkan mereka bekerja dan duduk di rumah.

“Kewujudan platform atau market place eJazmine.com dalam talian antarabangsa ini direka untuk memenuhi keperluan komuniti perniagaan daripada peringkat tempatan hingga ke seluruh pelosok dunia selagi capaian internet dapat diakses.

“Ini kelebihan gedung maya diperkenalkan untuk menggalakkan usahawan baharu melibatkan diri di samping peniaga konvensional pula beralih ke perniagaan dalam talian,” katanya.

Mohd. Rizal menambah, eJazmine.com turut menyediakan khidmat nasihat pembungkusan, pelabelan dan geran permohonan sijil halal kepada usahawan supaya produk mereka boleh pergi lebih jauh.

“Selain peniaga tempatan, platform ini membuka pintunya kepada usahawan luar dan seramai 15 peserta dari negara berbeza telah mendaftar. Ini peluang terbaik untuk membina repo perniagaan sekali gus menambah jumlah yang mendaftar kepada 250 peserta dan jumlah tersebut semakin meningkat,” katanya.

Platform eJazmine.com dibangunkan oleh Euro Jasmine Technologies, yang memberi fokus dalam membina dan mengendalikan platform butik eCommerce.

Bagi yang mahu berniaga menerusi platform eJazmine.com boleh hubungi talian, 03-91731522, 012-6932312, 017-3962373.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here