Trump larang pelaburan AS dalam firma China berkaitan tentera

0
330

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PRESIDEN Donald Trump telah menandatangani satu perintah eksekutif melarang rakyat Amerika Syarikat melabur dalam firma-firma China yang dimiliki atau kendalikan oleh tentera China.

Secara khususnya, menurut CNN perintah tersebut membabitkan 31 syarikat China yang didakwa membantu pihak tentera China melalui usaha modenisasi teknologi dan sekali gus mengancam keselamatan AS.

Syarikat Huawei dan Hikvision yang merupakan di antara pengeluar peralatan pengawasan video terbesar di dunia turut disasarkan, selain China Telecom dan China Mobile yang tersenarai di Bursa Saham New York.

Melalui perintah eksekutif itu pelabur AS tidak dibenarkan memegang atau membabitkan diri dalam sebarang usaha pelaburan yang mungkin terdedah kepada firma-firma berkenaan. Ini termasuk dana persaraan dalam syarikat yang telah diharamkan.

Pelabur AS yang sedia ada diberikan tempoh hingga November 2021 untuk melepas milik kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here