Derita P. Simon ‘ibarat jatuh ditimpa tangga’

0
386

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Sejak 14 tahun lalu, sambutan Deepavali keluarga P.Simon, 63, tidak lagi meriah sejak isteri tersayangnya, K.Uma Devi,60, diserang angin ahmar menyebabkan tubuhnya lumpuh separuh badan.

Menurut Simon, beliau tidak lagi dapat keluar bekerja seperti biasa kerana mahu memastikan kesihatan Uma Devi berada pada tahap terbaik.

“Isteri saya diserang angin ahmar secara mengejut beberapa tahun lalu setelah menjaga anak saya yang sakit di hospital.

“Sejak isteri saya disahkan doktor tidak boleh bergerak seperti biasa, sayalah yang menguruskan isteri saya sendiri kerana dia berasa lebih selesa dengan saya.

‘’Saya perlu memastikan kesihatannya tidak terganggu akibat serangan sawan dan komplikasi lain,’’ kata beliau di sini.

Simon berkata, kehidupannya kini semakin sukar kerana hanya bergantung kepada sumbangan Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) isterinya sebanyak RM1,000.

Beliau berkata, tiga anaknya sudah berkeluarga dan berpendapatan sederhana, malahan anaknya yang bongsu telah berhenti kerja akibat Covid-19 beberapa bulan lalu.

“Selepas isteri saya sakit dahulu, saya ada memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi ditolak atas alasan pada masa itu rumah sewa yang diduduki mempunyai perkhidmatan Astro sedangkan ia sebenarnya milik tuan rumah.

“Dalam masa Covid-19, saya dapat juga bantuan serba sedikit dari pihak Kerajaan tetapi itu semua hanya sementara. Kini, semua perlu dibeli seperti lampin pakai buang untuk isteri saya,” kata Simon.

Beliau berkata, dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, beliau tetap perlu membayar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan dan memerlukan belanja dapur RM2000 sebulan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu keluarga ini boleh memasukkan wang ke akaun Maybank Uma Devi, nombor akaun 1121 1141 1767 atau menghubungi Simon di talian telefon 0166029465.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here