Pegawai pilihan raya AS tolak dakwaan penipuan oleh Trump

0
365

Oleh Fetty Rara

PARA pegawai pilihan raya Amerika Syarikat berkata proses pengundian White House 2020 adalah yang paling selamat dalam sejarah negara itu.

Justeru mereka berkata tuduhan oleh Donald Trump kononnya berlaku banyak penipuan tidak langsung berasas, lapor bbc.com.

Jawatankuasa keselamatan pilihan raya mengumumkan bahawa tiada langsung terdapat sebarang bukti bahawa sistem pengundian dipadamkan, kertas undi hilang, ditukar atau dikompromikan.

Jawatankuasa itu bersuara setelah dituduh oleh Trump tanpa bukti bahawa 2.7 juta undi menyokong beliau telah dipadamkan.

Berikutan itu beliau masih enggan mengaku kalah walaupun keputusan yang diperoleh majoriti negeri memihak kepada Joe Biden.

BBC mengunjurkan bahawa Biden juga menang di Arizona yang merupakan kubu kuat Trump.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here