Filipina: Berpuluh maut setelah Taufan Vamco melanda

0
422

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEKURANGNYA-kurangnya 42 orang terbunuh dan 20 hilang setelah Taufan Vamco melanda Filipina.

Banjir di Pulau Luzon mencetuskan kejadian tanah runtuh, memutuskan hubungan jalan raya dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka, lapor bbc.com.

Berpuluh ribu penduduk mendapatkan perlindungan di pusat-pusat pemindahan, termasuk di bandar raya Manila.

Taufan yang juga dikenali sebagai Ulysses itu adalah yang 21 melanda kepulauan Filipina tahun ini.

Vamco tiba seminggu selepas Taufan Goni yang merupakan ribut ke-7 paling kuat sejak tujuh tahun melanda negara itu.

Pulau Luzon menerima kesan paling teruk apabila Vamco mula membadai pada lewat Rabu hingga ke awal pagi Khamis.

Menjangkakan kesan serius pihak berkuasa sejak daripada awal mengarahkan penduduk supaya segera berpindah tetapi ramai yang tidak mempedulikannya.

Di Manila antara kawasan paling teruk terjejas termasuk Markina City yang terletak di bahagian timur bandar raya itu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here