Shaheizy Sam minta ampun sebab gantung vape

0
491

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PENGANJUR Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33), awal-awal lagi telah memberi penerangan berhubung tata susila dan etika berpakaian, bukan sahaja untuk menghadiri majlis berprestij seperti ABPBH, malah kepada semua penyampai anugerah.

Namun, pelakon Shaheizy Sam dilihat tidak peka dengan permintaan penganjur kerana beliau tampil dengan menggantung rokok elektronik atau vape ketika naik ke pentas bagi mengumumkan pemenang anugerah.

Beliau yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular ABPBH sebanyak tiga kali (ABPBH 2010, ABPBH 2012 dan ABPBH 2014) dan juga sebagai seorang artis yang berpengalaman sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Pihak penganjur telah bekerja keras untuk memastikan acara berjalan lancar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malangnya insiden ini telah mencalarkan kredibiliti ABPBH33.

Perkara ini adalah amat dikesali pihak penganjur ABPBH dan penganjur tidak dapat menerima alasan yang telah diberikan.

Malah menerusi akaun Facebook Public Health Malaysia turut melahirkan rasa kesal kerana melihat penampilan pelakon itu di pentas ABPBH33 seolah mempromosi vape.

Sementara itu, Sam yang menyedari perbuatannya itu mendapat perhatian ramai di sosial media, tampil membuat video permohonan maaf di atas kekhilafannya itu, hari ini (14 November 2020).

“Hari ini Sam sedar ramai yang bising di sosial media. Sam nak minta ampun maaf beribu ampun sangat terutama pada penganjur ABPBH33 dan TV3 di atas kelalaian dan kecuaian diri Sam.

Log into Facebook | Facebook

Log into Facebook to start sharing and connecting with your friends, family, and people you know.

Tak ada orang salah memang diri Sam yang salah. Terus terang Sam cakap da;am keadaan yang sangat nervous di back stage yang lengang dan tak ada orang, Sam hanya fokus untuk buat yang terbaik untuk program ABPBH dan TV3, sampai terlupa apa yang ada pada diri Sam dan bawa ke atas pentas.

“Tak ada niat nak mempromosikan, semuanya atas lalai dan cuai diri Sam. Apa yang tergantung pada leher Sam adalah keperluan Sam sendiri.  Sam dah gantung banyak kat leher sejak setahun lebih. Dua tiga jam habis bateri, Sam ada satu lagi. Sam perlu banyak benda ini.

“Tak ada niat nak promosi, Sam minta maaf atas kecuain dan kelalaian Sam yang mengundang perkara tak elok kepada orang lain. Sam mitna ampun dan maaf, perkara ini tak akan berlaku lagi,” katanya dalam video berdurasi 1:37.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here