Semua orang boleh cari makan.

0
556
fotoBERNAMA

BUKAN semua tempat boleh pacak gerai”. Itu ingatan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berhubung inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (WBB) mulai hari ini 15 November di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Peringatan mesra itu amat penting kerana dibimbangi ada orang ramai ‘memacak gerai ikut suka’ disebabkan ‘bebas berniaga’.

Apatah lagi ada juga wakil rakyat yang tidak faham atau pura-pura tidak faham mengenai inisiatif WBB itu sehingga di Jalan Parlimen pun disebutnya sebagai lokasi boleh berniaga atau buka gerai jual nasi lemak.

Inisiatif WBB ini perlu dimanfaatkan khususnya mereka yang hilang punca pendapatan atau ingin menambah pendapatan berikutan kehilangan pekerjaan atau pendapatan terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19.

Malahan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) juga menyarankan konsep itu diperluaskan ke seluruh negara.

Langkah ini yang disokong oleh pihak kerajaan sekurang-kurangnya membolehkan penjaja lebih tenang berniaga dan tidak ada rasa takut dan bimbang barangan mereka dirampas oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mungkin kita masih ingat kata-kata Mohamad Hasan yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan, mengenai peniaga gerai tanpa permit ini.
Katanya “Orang nak berniaga, berniagalah, dia pandai buat nasi lemak letak meja depan rumah berniaga dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi, apa salah?”

Mohamad berkata langkah itu bagi menambah rezeki atau membantu pendapatan suami dengan kepandaian memasak yang ada untuk berniaga secara kecil-kecilan. Apa yang penting kerusi meja dan gerai mereka tidak mengganggu orang ramai, tidak menjual dengan harga yang tinggi serta menjaga kebersihan.

Langkah KWP itu perlu dimafaatkan dengan peniaga dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Jangan pula ada yang sengaja tidak faham memacak gerai ikut suka seolah-olah mencabar PBT atau cuba mencetuskan provokasi yang tidak sihat.

Jangan rosakkan inisiatif ini yang bertujuan membantu orang ramai berniaga. Hargai peluang ini.

Apa yang penting mereka dapat berniaga dengan lebih tenang bukannya dalam ketakutan, barang niaga dan peralatan mereka dirampas PBT sehingga keuntungan tidak tercapai kerugian pula yang ditanggung.

Justeru berilah kerjasama kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di kawasan masing-masing kerana MPP juga diberi kuasa memantau keadaan para peniaga bagi menyelaras dan membantu PBT.

Di kawasan taman perumahan pula, penduduk juga boleh memberi kerjasama menyelesaikan serba sedikit masalah yang mungkin timbul seperti isu gangguan laluan dan sebagainya. Mana-mana isu yang boleh diselesaikan secara tolak ansur, selesaikan secara baik.

Ingat jiran sepakat membawa berkat. Mereka hanya mahu berniaga untuk mencati rezeki, bukan mencuri.

Seperti kata Annuar “Kalau semua beri kerjasama, sambil-sambil kita kawal keadaan menerusi PKPB semua orang boleh cari makan”.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here