Kes baharu Covid-19 terus lepasi 4 angka

0
618

SEBANYAK 1,208 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,013 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes positif setakat ini sebanyak 47,417 kes dengan kes aktif 12,323 kes.

Noor Hisham berkata, negeri di Lembah Klang mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 661 kes diikuti Sabah 381 kes.

“Kluster yang melaporkan kes tertinggi adalah kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur, iaitu sebanyak 460 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, daripada keseluruhan jumlah kes positif, sebanyak 6 kes import dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan bukan warganegara yang tiba dari India, Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

Negeri lain yang turut merekodkan kes positif adalah Negeri Sembilan (48 kes), Perak (21 kes), Pulau Pinang (42 kes), Labuan (30 kes), Johor (9 kes), Kedah (8 kes), Sarawak (4 kes), Melaka (2 kes), Kelantan dan Perlis (1 kes).

Dalam pada itu, terdapat 104 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata, sebanyak 3 kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 309 kes.

“Kesemua kes kematian adalah dari Sabah dan 2 daripadanya mempunyai sejarah penyakit kronik,” katanya.

https://bit.ly/2UrpXuT
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here