NASA Space X: Angkasawan menuju ke orbit

0
451

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

EMPAT angkasawan – tiga dari Amerika Syarikat dan seorang dari Jepun telah berlepas menuju ke orbit dalam satu lagi misi ke Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS).

Kapsul yang dipacu roket itu adalah antara inisiatif syarikat Space X, lapor bbc.com.

Ini merupakan kali kedua firma tersebut menyediakan peralatan bagi tujuan misi sebegitu.

Menurut Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) program eksplorasi angkasa lepas kini memasuki era baharu dalam mana perjalanan angkasawan ke orbit rendah bumi dilakukan secara usaha sama dengan pihak swasta.

Empat angkasawan itu terdiri daripada Michael Hopkins, Victor Glover dan Shannon Walker dari dan Soichi Noguchi.

Dengan penyertaannya kali ini bermakna Noguchi muncul sebagai individu ketiga dalam sejarah pernah menggunakan tiga jenis kenderaan angkasalepas – SpaceX, Soyuz dan Shuttle.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here