Biden: Semakin ramai akan mati selagi peralihan kuasa terhenti

0
378

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

JOE Biden memberi amaran bahawa semakin ramai akan mati sekiranya proses bagi beliau mengambil alih pentadbiran sebagai presiden AS disekat oleh Donald Trump.

Bercakap di Delaware, bakal presiden itu berkata koordinasi amat diperlukan bagi menangani pandemik Covid-19, lapor bbc.com.

Beliau menyifatkan keengganan Trump mengaku kalah sebagai tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

“Ini bukan satu permainan,” kata bekas wanita pertama Michelle Obama dalam media sosial.

Biden telah memenangi 306 undi dalam Lembaga Pemilih, mengatasi minimum 270 undi untuk menang, namun Trump pada pagi semalam masih berkata beliau yang menang pilihan raya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here