Huawei jual jenama belia susulan masalah sekatan

0
406

Oleh Fetty Rara

PENGELUAR telefon pintar China,  Huawei sedang dalam proses untuk menjual jenama Honor yang fokus kepada belia.

Menurut Huawei, jenama Honor yang terhimpit kerana masalah mendapatkan elemen-elemen teknikal itu kini tidak lagi mampu bertahan, lapor bbc.com.

Pelbagai sekatan yang dikenakan oleh kerajaan AS telah menyebabkan bekalan kepada Huawei terhad.

Tindakan sekatan itu adalah kerana kononnya produk-produk keluaran Huawei antara yang digunakan untuk mengintip dan menyalurkan rahsia keselamatan AS ke pihak tentera China Komunis.

Dengan penjualan Honor Huawei berkata syarikat itu tidak akan memegang sebarang kepentingan atau membabitkan diri dalam pengurusan syarikat baharu Honor.

Ini bertujuan untuk membantu Honor bergerak secara bebas bagi menentukan strategi pemasaran dan hala tuju perniagaan.

Jenama Honor akan dijual kepada syarikat Shenzhen New Information Technology yang merupakan sebuah syarikat baharu yang ditubuhkan bagi tujuan pengambilan alih.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here