Le Tour de Langkawi 2021 ditunda ke 2022

0
283

Oleh Abdul Hafiz Ahmad

PERLUMBAAN berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 yang dijadualkan dari 30 Januari hingga 6 Februari ini, terpaksa ditunda ke 2022 setelah mengambil kira situasi negara yang berdepan pandemik Covid-19.

Keputusan itu dicapai secara bersama dalam taklimat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan pengurus acara LTdL, Human Voyage Sdn. Bhd. kepada
Kementerian Belia dan Sukan.

Penundaan LTdL 2021 diumumkan PKBM menerusi surat pekeliling rasminya semalam kepada persatuan-persatuan ahli gabungan dan ahli-ahli majlisnya.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab berkata, “PKBM akan mengambil langkah seterusnya iaitu memaklumkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) berkenaan penundaan ini.

“Kami juga akan membuat permohonan pendaftaran baru bagi LTdL 2022,” katanya dalam pekeliling berkenaan.

ABU Samah Abd. Wahab yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

PKBM juga katanya, berharap keadaan negara akan bertambah baik pada tahun hadapan bagi membolehkan LTdL 2022 kembali berjalan dengan lancar.

LTdL yang diperkenalkan pada 1996, merupakan sebahagian Siri Pro UCI dan Jelajah Asia UCI dengan status perlumbaan 2.Pro.

Gelaran keseluruhan LTdL Ke-25, tahun lalu selepas lapan peringkat perlumbaan yang disertai 21 pasukan, menjadi milik pelumba pasukan Sapura, Danilo Celano dari Itali.

LTdL 2021 yang dijadualkan Januari ini, terpaksa ditunda ke 2022 akibat situasi semasa Covid-19 di Malaysia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here