Trump pecat pegawai keselamatan pilihan raya bantah beliau

0
467

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

DONALD Trump telah memecat seorang pegawai tertinggi pilihan raya yang dikatakan menyanggah dakwaan beliau kononnya berlaku penipuan dalam pengundian.

Beliau memberhentikan pengarah Agensi Keselamatan Infrastruktur dan Keselamatan Siber (CISA) Chris Krebs kerana penyataan yang ‘amat tidak tepat’ berhubung integriti pengundian, lapor bbc.com.

Tindakan beliau itu dilihat sebagai satu lagi anjakan strategi pincang dalam kancah penafian yang jelas menunjukkan bahawa beliau telah tewas dalam pilihan raya presiden AS.

Pihak pengendali pilihan raya berkata tidak langsung terdapat bukti yang membuktikan kononnya proses pilihan raya presiden di negara itu diselubungi kepincangan.

Pemecatan Kreb dikatakan berlaku apabila beliau menafikan dakwaan palsu White House di atas arahan Trump.

Minggu lalu timbalan pengarah CISA Bryan Ware juga meletakkan jawatan setelah diarahkan oleh White House.

Dalam reaksinya Krebs berkata beliau tidak sedikit pun berasa kesal di atas pemecatannya itu kerana bercakap benar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here