Oleh Fetty Rara

(AMARAN: Ini hanya merupakan dapatan kajian makmal dan tidak semestinya mengesahkan keberkesanan kaedah berkenaan)

CECAIR pencuci mulut komersial didapati mampu membunuh Covid-19 dalam masa 30 saat selepas didedahkan dalam keadaan makmal.

Hasil kajian oleh saintis di Cardiff University, United Kingdom mendapati bahawa terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan bahawa cecair pencuci mulut jenis komersial yang dijual di kedai boleh membantu membunuh virus tersebut, lapor bbc.com.

Laporan itu dikeluarkan sebelum satu ujian klinikal ke atas pesakit Covid-19 dimulakan di University Hospital Wales.

Menurut Dr Nick Claydon hasil kajian itu boleh merintis jalan kepada kaedah penggunaan cecair pencuci mulut sebahagi sebahagian daripada kaedah rawatan pesakit.

Tetapi walaupun hasil kajian itu mencadangkan penggunaan cecair pencuci mulut mungkin dapat memusnahkan virus dalam air liur, namun belum terdapat bukti sahih bahawa ia boleh digunakan sebagai rawatan Covid-19 kerana pendekatan sebegitu belum dapat meliputi bahagian pernafasan lebih mendalam, terutama paru-paru.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here