Adi sertai Venus, tinggalkan 6ixth Sense?

0
645
Kumpulan Venus merupakan projek Adi (kiri) dan rakan-rakan pemuzik yang lain.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BILA tengok nama Adi Priyo Sambodo, 37, antara yang disenaraikan sebagai ahli kumpulan muzik Venus, terus tertanya, Adi ni dah keluar 6ixth Sense ke?

Agaknya betullah beliau keluar dari 6ixth Sense atau kumpulan itu sudah dibubarkan kerana dalam kumpulan Venus terdapat juga pemain bes 6ixth Sense, Ayoy.

Enggan berteka-teki, penulis terus menghubungi Adi untuk mengetahui cerita sebenar kenapa beliau dan Ayoy berada dalam kumpulan Venus.

Jelas Adi, peminat 6ixth Sense, tak perlu bimbang kerana beliau dan Ayoy masih lagi bersama kumpulan tersebut dan bakal tampil dengan album baharu pada tahun hadapan.

“Saya masih lagi vokalis 6ixth Sense dan Ayoy pun sama. Cuma bila nak buat album tu, mengambil masa lama dan banyak waktu yang terluang. Jadi penubuhan Venus ini boleh dikatakan sebagai projek untuk mengisi masa sebelum 6ixth Sense keluar album baharu, cuma 40 peratus lagi yang perlu disiapkan.

Puteri merupakan vokalis Venus dan anggota paling muda.

“Penubuhan Venus ini adalah idea saya kerana saya mahu ada band yang penyanyinya wanita. Bermula dari situ saya mencari ahli. Saya dapat Puteri selepas diperkenalkan oleh Zalif Sidek. Saya tanya Zalif, ada tak pelakon yang boleh menyanyi dan dia perkenalkan Puteri kepada saya.

“Saya cuba test suara dia dan macam sesuai saja dan dari situ saya ambil Puteri jadi vokalis Venus. Macam Lan yang bermain gitar utama untuk Venus, kami selalu bersama dan saya terus ajak dan sekarang pun, dia masih lagi anggota Jinbara.

“Hafis saya ajak sebab saya pernah shoting dengan dia dan masa borak dapat rasakan kami satu kepala. Hafis ni pernah bermain dram untuk kumpulan The Malayan. Ayoy macam biasalah main bes untuk 6ixth Sense dan Venus,’ katanya yang tampil sebagai pemain gitar kedua dan keyboard.

Jelas Adi, beliau memilih menjadi gitaris kedua kerana posisi itu lebih mudah berbanding gitaris utama kerana penampilannya kali ini adalah sebagai orang belakang tabir.

Sakitnya Hati merupakan single sulung Venus dan mendapat sambutan hangat daripada peninat seni tanah air

“Sebenarnya, saya nak jadi orang belakang tabir saja untuk Venus ni tapi bagi menyokong perjuangan band ini saya perlu berada di samping mereka. Itu yang buat saya pilih bermain gitar kedua dan keyboard.

“Saya teringin jadi macam David Foster dan Ahmad Dhani, orang belakang tapi di waktu yang sama adalah tulang belakang band iaitu orang yang paling diperlukan,” jelasnya.

Bersama Venus, genre muzik yang diketengahkan adalah pop dan single pertama yang memperkenalkan kumpulan tersebut ke pentas seni adalah Sakitnya Hati, ciptaan Joe Slash, manakala liriknya ditulis bersama Puteri, Lan, Adi, Hafis dan Ayoy.

Meskipun Venus lebih kepada pop tapi dalam setiap lagu yang bakal dihasilkan kelak akan digabungkan dengan elemen rock, reggae atau funk.

Venus harap kehadiran mereka mendapat sokongan ramai.

“Lagu Sakitnya Hati sebenarnya simple saja, ia berkisar tentang insan yang bila putus cinta, susah nak move on. Semakin nak dilupkan bekas kekasih itu, semakin diingat pula.

“Keistimewaan lagu ini adalah dari segi melodi yang dibuat oleh abang Joe dan ia juga easy listerning. Dari segi susunan muzik, saya dapat idea daripada lagu Don’t Speak, nyanyian kumpulan No Doubt yang saya gabungkan dengan lagu dendangan Melly Goeslaw dan terhasillah Sakitnya Hati seperti yang diperdengarkan,” jelas Adi.

Kebanyakan peminat yang telah mendengar lagu ini di stesen Radio Suria dan kemudian menonton video muzik lirik, Sakitnya Hati di
YouTube https://www.youtube.com/watch?v=WMANhpCU03g
melahirkan rasa puas hati.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here