Bagaimana China bentuk masa depan teknologi

0
238
FOTO: Solen Feyissa from USA, CC BY-SA 2.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SATU di antara aplikasi paling pantas berkembang di dunia, Tik Tok mungkin akan merubah landskap teknologi dunia yang sebelum ini hanya dicambahkan dari makmal-makmal berpangkalan di Lembah Silikon, California.

Bagaimanapun, apa yang sedang berlaku sekarang menjanjikan perubahan menyeluruh.

Selama lebih 30 tahun sebidang kawasan tanah seluas 116km persegi yang dikenali sebagai Lembah Silikon bertanggungjawab untuk mempengaruhi budaya hidup manusia.

Daripada laman web, membeli-belah, menonton video hinggalah kepada komunikasi e-mel, mesej dan banyak lagi aspek kehidupan manusia hari ini bergerak di atas nadi teknologi yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat di Lembah Silikon – hinggalah sekarang.

Bagaimana pun kemunculan dan anjakan populariti aplikasi China, Tik Tok telah merubah keadaan yang bukan sekadar mencabar, malahan telah merampas takhta yang berpusat di Lembah Silikon.

Tik Tok menyerlahkan kemampuan entiti luar Amerika Syarikat untuk membentuk semula dimensi teknologi, iaitu satu dimensi yang meletakkan Shanghai dan Beijing sebagai nadi baharu dunia teknologi.

Jangan pandang remeh kerana ketaksuban orang Asia yang begitu bangga dan memandang tinggi produk dari Lembah Silikon, seperti Apple Mac dan Iphone hanyalah hasil mimpi dan kepura-puraan yang sengaja dibentuk oleh Lembah Silikon bagi kononnya meyakinkan orang Asia bahawa produk mereka itu yang terbaik.

Dengan Tik Tok dunia kini menyaksikan anjakan ketara dunia media sosial yang bergerak di atas algoritma hasil makmal-makmal China.

Naratifnya telah bertukar daripada minda teknologi barat kepada naratif pemikiran timur.

Apa tidaknya, bermula dengan Tik Tong cara media sosial bergerak dan bernafas amat berbeza daripada idea asal yang dibangunkan oleh Lembah Silikon.

Tik Tok sebagai contoh telah jauh mengatasi aplikasi media sosial lain dengan lebih 690 juta pengguna aktif setiap bulan — 100 juta di Amerika Syarikat dan 100 juta lagi di Eropah.

Walaupun kerajaan AS yang dipimpin oleh Donald Trump tidak henti-henti berusaha untuk menundukkan Tik Tok namun segala apa yang dilakukan mereka nampaknya tidak mendatangkan hasil, malahan semakin menguatkan aplikasi tersebut.

Pengendali Tik Tong tidak mudah menyerah kalah, tetapi sebaliknya telah menjenamakan  kembali paradigma aplikasi tersebut bagi melakarkan bahawa ia bukan beridentitikan China, tetapi berpaksi kesejagatan penggunaan global.

Dengan penjenamaan semula aplikasi itu jelaslah strategi AS dan Trump untuk menundukkan keperkasaan teknologi China telah gagal.

Terima kasih kepada kebencian Trump terhadap Tik Tok kerana telah membuka ruang global kepada kedinamikan dan kegagahan teknologi China.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here