Pemimpin Samoa rayu rakyat bertenang setelah kes Covid-19 pertama dikesan

0
179
FOTO: Teinesavaii, CC BY-SA 3.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Fetty Rara

PERDANA Menteri Samoa Sailele Malielegaoi merayu rakyat Samoa supaya bertenang setelah negara itu melaporkan kes positif Covid-19 pertama di negara itu..

Dalam ucapannya di TV dan radio beliau menggesa seluruh penduduk Samoa supaya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi SOP, lapor akhbar Australia The Sydney Morning Herald.

Samoa merupakan antara segelintir negara di dunia yang belum melaporkan sebarang kes Covid-19.

Menurut akhbar The Samoa Observer Sailele berkata pesakit pertama itu merupakan seorang pelaut dan kini sedang menjalani kuarantin sejak tiba dari New Zealand Jumaat lalu.

Beliau didapati positif empat hari kemudian, tetapi ujian kedua didapati negatif.

Sailele dijangka memanggil mesyuarat kabinet Samoa hari ini bagi menentukan sebarang perubahan kepada langkah-langkah menangani peraturan mencegah pandemik tersebut di negara Pasifik itu.

Sebelum ini Vanuatu juga melaporkan ke Covid-19 pertama pada Selasa.

Pesakit merupakan seorang warga negara berumur 23 tahun yang baharu pulang dari Amerika Syarikat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, hanya beberapa negara di dunia yang belum melaporkan kes Covid-19.

Kebanyakan daripada negara tersebut berkedudukan terpencil, termasuk Micronesia, Nauru dan Tonga.

Fiji mencatatkan 30 kes dan dua kematian, Timor-Leste 30 kes dan tiada kematian, sementara Kepulauan Solomon mencatatkan 16 kes (tiada kematian).

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here