Tentera China guna senjata rahsia berasaskan gelombang mikro

0
321

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KESAN amat menggerunkan senjata rahsia baharu yang digunakan oleh tentera Komunis China mampu memudaratkan  anggota tentera musuh dalam hanya beberapa minit.

Menurut laporan oleh akhbar The Daily Telegraph hari ini seorang profesor di Beijing mendakwa bahawa tentera China telah menggunakan sedan potensi njata tersebut ke atas tentera India sewaktu pertempuran di wilayah Himalaya yang dipertikaikan baru-baru ini.

Profesor Hubungan Antarabangsa Renmin Universiti Jin Canrong berkata penggunaan senjata tersebut telah memaksa tentera India berundur segera dari lokasi berkenaan setelah keadaan di kawasan perbatasan seolah-olah menjadi seperti berada dalam ketuhar gelombang mikro.

Teknologi senjata berasaskan gelombang mikro menggunakan kaedah yang sama seperti ketuhar.

Sebagai senjata ia dengan pantas memanaskan cecair di bawah kulit seseorang hingga menyebabkan kesakitan dan rasa meloya.

Walaupun senjata tersebut bukan bertujuan untuk membunuh tentera musuh, tetapi sekadar memanaskan suasana hingga seseorang itu tidak boleh bertahan di lokasi terbabit.

Menurut prof Canrong ujian pertama senjata itu di perbatasan Himayala China-India amat berkesan tanpa mencabuli perjanjian melarang penggunaan senjata di wilayah tersebut.

Gelombang mikro yang digunakan oleh tentera komunis China telah dengan hanya beberapa minit menyebabkan anggota tentera India berasa pening, meloya dan muntah-muntah hingga terpaksa berundur.

Beliau berkata kejadian tersebut dirahsiakan oleh pihak India kerana ia jelas menggambarkan kelemahan mereka.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here