1,290 kes jangkitan Covid-19

0
266

JANGKITAN Covid-19 hari ini kembali 4 angka dengan 1,290 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 660 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata 5 kes jangkitan dari luar negara manakala selebihnya, 1,285 kes, penularan dalam negara.

Katanya, Sabah melaporkan kes harian tertinggi dengan 660 kes, diikuti Selangor 407 kes, dan Kuala Lumpur, 77.

“Pelaporan kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster-kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara (250 kes).

Manakala, peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai (245 kes) dan sebuah kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Kapas BJ (55 kes).

“Kedua-dua kluster tersebut adalah kluster berkaitan tempat kerja yang melibatkan bukan warganegara,” katanya.

Negeri lain yang turut merekodkan kes positif adalah Perak (48 kes) Negeri Sembilan (32 kes), Kelantan (17 kes), Labuan (15 kes), Johor (15 kes), Pulau Pinang (8 kes), Sarawak (8 kes), Kedah (7 kes) dan Melaka (1 kes).

Empat negeri tidak merekodkan jangkitan baru hari ini iaitu, Pahang, Terengganu, Putrajaya, dan Perlis.

Dengan laporan jangkitan ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 51,680 kes. Ketika ini, sebanyak 13,222 orang sedang dirawat di hospital, dengan 110 di unit rawatan rapi dan 37 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 878 pesakit dilaporkan pulih.

Empat kematian dilaporkan hari ini.

https://bit.ly/3nAZec0
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here