Pasca Covid-19: SPRM tumpu pengutkuasaan, aspek pencegahan efektif

    0
    163

    MESYUARAT Anti-Corruption and Transparency Experts Working Group (ACTWG) Friends of The Chair (FoTC) mencadangkan agar penguatkuasaan serta aspek pencegahan efektif perlu dilaksana bagi menangani trend perlakuan rasuah dalam tempoh peralihan semasa dan pasca pemulihan Covid-19.

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dalam kenyataan hari ini, berkata aktiviti seperti penyeludupan, pemerdagangan serta kemasukan secara haram boleh berlaku setelah pembukaan semula pintu sempadan.

    Dia berkata fasa pemulihan krisis Covid-19 akan membolehkan aktiviti perniagaan mula berkembang dan situasi itu bakal membuka ruang untuk berlakunya kegiatan rasuah.

    “Sehubungan itu, ACTWG harus memastikan penguatkuasaan dan aspek pencegahan yang efektif dilaksanakan bagi menangani trend perlakuan rasuah sedemikian,” katanya semasa mempengerusikan secara maya mesyuarat ACTWG FoTC bersama wakil daripada sembilan ahli ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Ibu Pejabat SPRM pada Selasa (17 Nov).

    Bernama
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here