Hakim yang berani cabar kuasa tentera Pakistan

0
190
HAKIM Waqar Ahmad Seth beberapa hari sebelum meninggal dunia.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

HAKIM Waqar Ahmad Seth yang meninggal dunia pada 13 November lalu setelah dijangkiti Covid-19 merupakan satu tokoh antara seribu – beliau tidak pernah gentar mencabar ‘rejim’ tentera negara itu yang amat ditakuti.

Penghormatan mencurah diterima setelah berita kematian beliau pada usia 59 tahun diumumkan, lapor bbc.com.

Sebagai Ketua Hakim Mahkamah Peshawar (PHC) beliau pernah menjatuhkan hukuman yang sering kali menaikkan kemarahan pihak tentera dan juga kerajaan, termasuk hukuman mati ke atas bekas pemimpin negara itu General Pervez Musharraf.

Beliau turut mencabar sebarang tindakan yang melanggar hak asasi manusia, membatalkan undang-undang membenarkan pihak tentera menubuhkan pusat-pusat tahanan rahsia dan membebaskan berpuluh orang yang didapati ‘bersalah’ di bawah undang-undang anti-pengganasan kerana ketidakcukupan bukti.

Kematian Seth dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada Pakistan di mana pihak tentera muncul kembali sebagai satu entiti yang amat berpengaruh dan berkuasa sejak beberapa tahun lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here