Itik getah gergasi simbol perhimpunan pro-demokrasi Thailand

0
198

Oleh Fetty Rara

DI BARISAN hadapan siri protes pro-demokrasi Thailand kini muncul satu simbol yang tidak pernah dijangkakan – itik getah gergasi.

Penggunaan itik gergasi berisi angin digunakan sebagai perisai dalam pertentangan dengan pihak polis yang sering kali dianggap ganas dan keterlaluan.

Menurut akhbar The Guardian itik getah gergasi itu pada mula dibawa ke perhimpunan pro-demokrasi sekadar sebagai bahan lawak, tetapi kemudian ia didapati berkesan digunakan sebagai perisai tembakan gas pemedih mata dan meriam air yang digunakan oleh polis pencegah rusuhan.

Kini pertempuran demi pertempuran menyaksikan penunjuk perasaan membawa banyak itik getah gergasi yang tidak kurang juga dilihat kempis dan diheret lesu selepas setiap pertembungan dengan anggota keselamatan.

Daripada sebuah bahan jenaka, kepada perisai dan sekarang dimanifestasikan sebagai adiwira kelibat itik getah gergasi muncul sebagai simbol kukuh dalam  kancah kebangkitan rakyat di negara itu.

Setakat ini sekurang-kurangnya 55 penunjuk perasaan tercedera apabila polis melepaskan tembakan peluru hidup, terhidu gas pemedih mata dan terkena tempias air kimia yang ditembak menggunakan meriam air.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here